Home

Corak Perkej
Corak Perkej
PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM HJ JURAIMI

Kami adalah persatuan yang menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan seperti warga emas, ibu tunggal dan terutamanya kepada anak-anak yatim sekitar Hulu Langat. Bantuan adalah dalam bentuk sumbangan dan sebagainya yang mampu meringankan beban mereka.

Bentuk bantuan lain adalah seperti, kemudahan penginapan yang disediakan kepada anak yatim yang bertempat di Kampung Rinching, Semenyih. Pendidikan adalah penting dalam pembentukan sahsiah diri yang cemerlang oleh itu, anak yatim yang menetap di penginapan akan diberikan pendidikan formal di sekolah kebangsaan yang terdekat yang dihantar oleh van persatuan. Selain daripada itu, mereka juga akan diberikan pendekatan dalam agama Islam yang secukupnya agar dapat membina akhlak yang terpuji dalam kalangan mereka.

Aktiviti kemasyarakatan juga disediakan seperti jamuan dan lain-lain lagi, agar minda mereka sentiasa terbuka dan mempelajari cara hidup bermasyarakat yang harmoni.

Jika ada sebarang soalan, sila hantarkan sebarang soalan anda berkenaan persatuan dan sebagainya di bawah, Insya-Allah kami akan menjawabnya secepat yang kami mampu...

Sorotan Aktiviti Terkini PERKEJ

Iftar Mahabbah 2026
28 Mac 2026 • Ramadhan 1447H

Majlis Iftar Mahabbah & Santunan Kasih

Meraikan 45 orang anak yatim dan asnaf dengan santapan enak serta sumbangan duit raya menjelang Syawal.

Baca Laporan Penuh →
Kembali Ke Sekolah 2026
18 Januari 2026

Program Kasih 'Kembali Ke Sekolah' 2026

Agihan lebih 60 set beg sekolah baharu dan kasut sekolah lengkap bagi menyuntik motivasi belajar anak-anak asrama.

Baca Laporan Penuh →
Agihan Makanan Asas 2025
22 November 2025

Agihan Bakul Makanan & Ziarah Komuniti

Penyerahan 80 kotak keperluan makanan asas kepada keluarga asnaf, ibu tunggal dan warga emas sekitar Hulu Langat.

Baca Laporan Penuh →
Borang Pertanyaan
Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan daripada anda.
💬 Hubungi Terus Melalui WhatsApp (Ustaz Abd Talib)