Penghargaan

Ogos 2012

Penghargaan dan ucapan terima kasih dari Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hj Juraimi, Hulu Langat kepada para penderma yang budiman :

  1. Noor Hazanah bt Sarlan
    PAID - Kajang
  2. Dato. Hj Ahmad Salimi bin Hj. Ismail
    42, Jln Kajang 1, Taman Sri Kajang, Sg Chua.
  3. Pn Hajjah Nazrifah binti Hj Md Tamin
    Bandar Rinching.
  4. Mizan bin Ibrahim & Azhana bt Mahbar
    30, Jln TPS 4/4, Taman Pelangi Semenyih.
  5. Farehan binti Zakaria
    83, Jln 4/2, Seksyen 4, Bandar Rinching.
  6. Mohd Ghadafi
    Agro, Kampung Rinching Hulu.
  7. Pn Junaidah binti Mohd Amin

...di atas sumbangan yang telah diberikan untuk anak-anak yatim dan kebajikan.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan dan bantuan, pihak PERKEJ amat mengalu-alukan.

Jamuan Berbuka Keluarga Hj Samuri & Anak-Anak Yatim

04 Ogos 2012

Pada bulan Ramadhan ini, pihak PERKEJ telah mengadakan jamuan berbuka puasa anak-anak yatim bersama keluarga Hj Samuri. Sebelum jamuan bermula, PERKEJ telah menjalankan acara penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan ahli jawatankuasa masjid Kampung Rinching.

Sumbangan ini adalah sebagai bantuan bagi mereka untuk mempersiapkan diri untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang kian menjelang.

Jamuan Berbuka 1
Jamuan Berbuka 2
Jamuan Berbuka 3

Jamuan Ramah Mesra PERKEJ

15 Januari 2012

Jamuan ini telah diadakan pada 15 Januari 2012, sebagai satu aktiviti yang dapat merapatkan lagi hubungan di antara anak-anak yatim persatuan dan ahli jawatankuasanya. Antara acara lain ketika jamuan adalah penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim sebagai bantuan kepada mereka mempersiapkan diri untuk menghadapi tahun baru persekolahan.

Jamuan Mesra 1
Jamuan Mesra 2
Jamuan Mesra 3

Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim

Julai 2012

Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hj. Juraimi (PERKEJ) telah menjadi pertubuhan yang berdaftar pada 16 November 2007. Matlamat utama persatuan ini adalah memberikan bantuan harian, pendidikan formal dan tidak formal serta mendedahkan mereka kepada masyarakat melalui program kemasyarakatan yang disediakan.